BAGAN SERAI: Seramai 400 peserta Kursus Asas Haji anjuran Masjid Daerah Bagan Serai di sini berharap terpilih untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang pesawah, Sulaiman@Jaafar Abas, 85, berkata, dia bersama isterinya, Salasiah Ismail, 80, sudah lama bercita-cita untuk menunaikan rukun Islam kelima itu, iaitu lebih 24 tahun lalu. Katanya, untuk itu dia mula membuat simpanan wang dalam Tabung Haji pada 2009. “Setiap kali menjual dan memperoleh hasil tuaian padi di setiap musim, saya akan memasukkan duit supaya segera dapat ke sana,” katanya. Dia ditemui…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya