'Kami bangun pukul 4 pagi angkut air' - Utusan Malaysia

‘Kami bangun pukul 4 pagi angkut air’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Penduduk di Taman Koperat Putera, Bukit Keluang terpaksa bangun pukul 4 pagi untuk mengangkut air susulan kebocoran paip di dasar Sungai Besut di sini, sejak Khamis lalu.

Nur Anisah Mohd. Zamri, 25, berkata, keadaan itu berlaku apabila penduduk terpaksa bergantung dengan bekalan air yang dihantar oleh pihak Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU)

“Kami perlu bangun awal untuk elak berebut semasa ambil air dan keadaan ini sudah berlarutan hampir seminggu, saya amat penat.

“Kami tidak tahu berapa lama lagi keadaan ini akan berlarutan,” katanya ketika ditemui di Taman Koperat Putera, Bukit Keluang, di sini semalam.

Nur Anisah berkata, sebelum ini, bekalan air hanya terputus dalam tempoh singkat di antara satu atau dua hari tetapi kali ini dijangka berlarutan lebih 20 hari.

Seorang lagi penduduk, Tuan Mohd. Khafid Tuan Azmi, berkata, sebanyak tiga tangki statik diletakkan di perumahan tersebut, namun tidak mencukupi.

Sebanyak 2,670 keluarga di Bukit Keluang terjejas akibat kebocoran paip tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya