Kaji akta buru pelaku seksual dalam talian

Kaji akta buru pelaku seksual dalam talian

AZALINA OTHMAN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan menjalankan kajian sewajarnya bagi meluaskan skop perlindungan Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) bagi melindungi kanak-kanak dan memerangi pelaku jenayah keji tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kajian tersebut bagi merangkumi situasi di mana kesalahan dilakukan terhadap kanak-kanak Malaysia oleh mana-mana individu di luar negara.

Kata beliau, perkembangan undang-undang tersebut bertujuan memberikan perlindungan lebih baik kepada mangsa kanak-kanak warganegara Malaysia tanpa mengira lokasi geografi pelaku.

“Jenayah eksploitasi seksual dalam talian terhadap kanak-kanak merupakan satu isu yang merentasi sempadan.

“Seksyen 3 Akta 792 jelas memperuntukkan mana-mana warganegara Malaysia yang melakukan kesalahan terhadap seorang kanak-kanak di luar negara boleh dianggap sebagai melakukan kesalahan tersebut di dalam Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk rekod, di bawah Akta 792, kesalahan berkaitan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM) dalam talian melibatkan enam kategori kesalahan dengan hukuman  tempoh pemenjaraan selama lima hingga hingga 30 tahun serta sebatan.

Selain itu, Akta 792 turut memperuntukkan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak dalam talian yang lain termasuklah pengantunan kanak-kanak (child grooming), berkomunikasi secara seksual dengan kanak-kanak dan menyebabkan kanak-kanak memerhati atau mendengar bahan penganiayaan seksual kanak-kanak.

Terdahulu, pada 2023, dua pindaan baharu diluluskan untuk memerangi jenayah seksual terhadap kanak-kanak dalam talian iaitu seksyen baharu 15A Akta 792 memperuntukkan kesalahan berkaitan persembahan seksual oleh kanak-kanak.

Seksyen baharu 15B pula memperuntukkan kesalahan berkaitan pemerasan seksual kanak-kanak.

Mengulas lanjut, Azalina berkata, beliau akan terus bekerjasama rapat dengan rakan sejawat antarabangsa dalam usaha global untuk menangani jenayah keji tersebut.

“Perlindungan kanak-kanak daripada eksploitasi seksual dalam talian adalah tanggungjawab bersama dan Malaysia akan terus bekerja bersama komuniti global untuk mengatasi isu ini dengan berkesan,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya