Kait pemimpin BN dengan Langkah Dubai ‘bahaya’

Kait pemimpin BN dengan Langkah Dubai ‘bahaya’

ABDUL RAHMAN MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tomahan dan fitnah jahat seperti mengaitkan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) dengan ‘Langkah Dubai’ adalah sangat berbahaya kerana boleh mengganggu-gugat kestabilan dan memberi kesan kepada pelaburan asing, sekali gus akan menjejaskan peluang pekerjaan khususnya untuk orang muda.

Ahli Parlimen Lipis, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, kerajaan perpaduan kini mempunyai dua pertiga majoriti dan merupakan sebuah kerajaan yang kuat dan stabil, justeru tohmahan terhadap pemimpin BN tidak sepatutnya berlaku.

“Sehubungan itu, bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang dan demi membersihkan nama saya, tindakan undang-undang yang berat akan diambil kepada Halim Romli Channel yang telah menggunakan media sosial sebagai medium hasutan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Abdul Rahman yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia membuat laporan polis berkenaan video tular menerusi akaun Youtube, Halim Romli Channel mendakwa beliau terlibat dalam ‘Langkah Dubai’ yang digembar-gembur bagi menjatuhkan kerajaan perpaduan.

Beliau menegaskan, dirinya ketika itu berada di Lipis bagi melawat kawasan bersama penduduk setempat dan tidak terlibat dengan cubaan menjatuhkan kerajaan sepertimana didakwa.

Gerakan menjatuhkan kerajaan digelar sebagai ‘Langkah Dubai’ hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini selepas Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti), Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Datuk Ismail Yusop mendedahkan wujud cubaan tersebut.

Ismail mendakwa cubaan tersebut digerakkan oleh pemimpin parti pembangkang termasuk wakil tertentu kerajaan dengan matlamat untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya