Kafe hipster bergerak jadi pilihan

Kafe hipster bergerak jadi pilihan

MOHD. Sabirin Hassan (kanan) beramah mesra dengan dua pelanggan yang mengunjungi kafe bergerak miliknya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Pengusaha kedai kopi atau kafe hipster di negeri ini rata-rata mengetengahkan pelbagai konsep dalam usaha menarik pengunjung.

Namun bagi seorang pemuda, Mohd. Sabirin Hassan, 39, dari Tambun Tulang di sini, dia mengambil pendekatan berbeza dengan mengusahakan jualan kopi secara bergerak.

Menerusi sebuah van lama dihias cantik, Mohd. Sabirin mengusahakan perniagaan Pod Koffee, beroperasi di sebelah gerai Rumi’s Shawarma di Guar Sanji setiap Jumaat dari pukul 6 petang hingga 10.30 malam serta di denai larian Pengkalan

Asam setiap Sabtu dan Ahad dari pukul 7.30 pagi hingga 2.30 petang.

Dikenali sebagai barista jalanan, bapa kepada tiga orang anak berumur dua hingga lapan tahun itu berkata, pada masa ini, dia hanya menjalankan perniagaan pada Jumaat hingga Ahad di dua lokasi tersebut.

Menurutnya, dia menjadikan bahagian belakang van untuk proses membancuh kopi dan menyediakan kerusi serta meja kecil untuk pe­langgan menikmati minuman secara santai.

Antara kopi premium yang disediakannya adalah Americano, Latte, Cappucino, Caramel Latte, Caramel Machiato, Mocha dan pelbagai lagi dengan harga serendah RM5 sehingga RM10. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya