Juruteknik komputer hidap penyakit kritikal terima pampasan YGMB - Utusan Malaysia

Juruteknik komputer hidap penyakit kritikal terima pampasan YGMB

NORHAZFIZI Azim (empat dari kanan) menerima sumbangan yang disampaikan Pegawai Pendidikan Daerah Bera, Hanita Kassim (tiga kiri ) sambil disaksikan oleh Ishak Ismail (dua dari kiri) di Pejabat Pendidikan Daerah Bera di Bera, Pahang. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Seorang juruteknik komputer di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di sini, Norhazfizi Azim, 35, menerima wang pampasan berjumlah RM25,016.84 yang disampaikan oleh Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) di sini hari ini.

Norhazfizi yang merupakan Ahli Skim 18 YGMB sejak 2019 menghidap sakit kegagalan buah pinggang yang memerlukan sumber kewangan bagi menjalani rawatan hemodialisis.

Juruteknik komputer itu berkata, dia tetap bersemangat meneruskan kehidupan demi isteri dan tiga anak tercinta meskipun aktiviti hariannya semakin terbatas ekoran penyakit tersebut.

“Saya akur dan reda dengan penyakit yang dihidapi ini,” katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan wang manfaat oleh Pengurus YGMB, Ishak Ismail di Pejabat Pendidikan Bera (PPD) Bera di sini hari ini.

Norhazfizi berkata, dia akan menjalani rawatan pertama dipanggil Arterio-Venous Fistula (AVF) sebagai persediaannya untuk menjalani rawatan hemodialisis.

Menurutnya, wang pampasan YGMB itu akan dijadikan sebagai simpanan dan persediaan sekiranya rawatan AVF gagal dan memerlukan rawatan lanjut di hospital swasta.

“Saya kini bergantung sepenuhnya dengan manfaat yang tersedia di bawah YGMB kerana tiada sebarang polisi perlindungan yang lain kecuali Skim Keahlian YGMB,” katanya.

Sementara itu, Ishak berkata, penyakit buah pinggang adalah krisis kesihatan global disebabkan oleh diabetes dan tekanan darah tinggi yang menjadi ancaman kepada penduduk seluruh dunia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya