Juruteknik didakwa cabul anak teman wanita - Utusan Malaysia

Juruteknik didakwa cabul anak teman wanita

AZMAN Abdullah didakwa di Mahkamah Sesyen Muar atas pertuduhan mencabul anak teman wanitanya pada 8 Januari lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Seorang juruteknik didakwa mencabul anak teman wanitanya di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.

Walau bagaimanapun, tertuduh, Azman Abdullah, 53, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa mencabul kehormatan mangsa yang berusia 17 tahun di sebuah rumah di daerah ini pada pukul 8 pagi, 8 Januari lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Abu Bakar membenarkan permohonan pendakwaan yang tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh atas faktor keselamatan mangsa.

Mahkamah menetapkan 19 Februari depan sebagai sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN