Jumlah mangsa banjir Johor melonjak, 1,024 di 13 PPS - Utusan Malaysia

Jumlah mangsa banjir Johor melonjak, 1,024 di 13 PPS

AHLI Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse (empat dari kiri) melawat mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Dewan Kampung Sungai Tiram, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Mangsa banjir di negeri ini terus melonjak apabila seramai 1,024 penduduk ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 8 malam ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memberitahu, kesemua mangsa banjir itu terdiri daripada 252 keluarga di empat daerah, iaitu Johor Bahru, Kota Tinggi, Kluang dan Mersing berbanding 522 orang daripada 120 keluarga pada pukul 4 petang.

“Johor Bahru antara daerah paling terjejas ketika ini dengan seramai 404 mangsa dipindahkan ke empat buah PPS, diikuti Kota Tinggi dengan seramai 348 mangsa di enam PPS.

“Mersing menyaksikan seramai 212 mangsa ditempatkan di dua PPS dan 60 mangsa di sebuah PPS di Kluang setakat pukul 8 malam ini. Kesemua mangsa banjir mula dipindahkan ke PPS setelah kediaman masing-masing dinaiki air akibat hujan lebat berterusan sejak lewat malam semalam,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor  memberitahu, kejadian banjir di negeri ini tidak merekodkan sebarang kecederaan atau kematian melibatkan mangsa.

“Sementara itu, Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan amaran hujan berterusan hingga 7 Januari bagi hampir semua daerah di negeri ini kecuali Tangkak. Sebatang sungai di negeri ini telah mencapai paras air berbahaya, iaitu Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang,” katanya.

Azmi turut memberitahu, ketika ini dua laluan ditutup sepenuhnya untuk kenderaan, iaitu Jalan Kampung Orang Asli Peta dan Jalan Masuk Tenggaroh Timur-Tanjung Leman, kedua-dua di Mersing. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya