Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat - Utusan Malaysia

Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat

Penduduk di Kampung Contoh meredah air ketika berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Kluang (MPK) di Kahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini kian meningkat kepada 1,484 penduduk daripada 385 keluarga, setakat 8 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, jumlah itu bertambah berbanding 1,024 penduduk daripada 252 keluarga yang direkodkan 8 malam tadi.

Beliau berkata, setakat ini, sebanyak 13 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka membabitkan daerah Kluang, Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Kota Tinggi merupakan daerah paling teruk terjejas akibat banjir apabila seramai 723 penduduk daripada 180 keluarga dipindahkan ke enam PPS yang dibuka sejak semalam.

“Sementara itu, seramai 420 penduduk daripada 111 keluarga dari kawasan Tiram, Johor Bahru dipindahkan ke empat buah PPS,” katanya kepada pemberita hari ini.

Azmi yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri memberitahu, seramai 271 orang daripada 71 keluarga dari Kampung Air Papan dan Kampung Tenglu di Mersing dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Air Papan dan SK Tenglu.

Katanya, 70 orang daripada 23 keluarga dari Kampung Contoh, Kluang ditempatkan di PPS Dewan MPK Kahang.

“Dua jalan utama iaitu jalan di Kampung Orang Asli Peta dan jalan masuk ke Tenggara Timur-Tanjung Leman di Mersing ditutup sepenuhnya untuk semua kenderaan.

“Sementara itu, di Kota Tinggi, Jalan Kota Tinggi-Mersing diletak dalam keadaan berjaga-jaga kerana masih boleh dilalui tetapi semua pengguna jalan raya perlu berwaspada,” jelasnya.

Bagi Jalan Permai pula yang turut dinaiki air, Azmi berkata, masih dibuka untuk satu lorong untuk kenderaan ringan manakala Jalan Kimlong hanya dibuka untuk satu laluan namun motosikal tidak digalakkan kerana arus deras.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya