JPN Kelantan kenal pasti 7 pusat peperiksaan terjejas jika banjir

JPN Kelantan kenal pasti 7 pusat peperiksaan terjejas jika banjir

JABATAN Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan sudah mengenalpasti tujuh pusat peperiksaan bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia yang akan terjejas sekiranya banjir kembali melanda negeri ini-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan sudah mengenalpasti tujuh pusat peperiksaan bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang akan terjejas sekiranya banjir gelombang keempat melanda negeri ini.

Pengarahnya Datuk Mohd. Zamri Abdul Aziz berkata, enam daripada tujuh pusat itu berada di Pasir Mas manakala satu di Tumpat

“Enam buah pusat peperiksaan di Pasir Mas itu ialah Sekolah Menengah ebangsaan (SMK) Rantau Panjang, Maahad Muhamadi Rantau Panjang, Sekolah Menengah Ugama (SMU) Arab Diniah Bongor, SMU Arab Al-Falah Siram, SMK Meranti dan SMU Arab Tarbiah Diniah Meranti.

“Sementara di Tumpat pula ia melibat SMU Arab Nurul Huda Kajang Sebidang. Ia melibatkan jumlah keseluruhan calon seramai 601 orang calon untuk kedua-dua peperiksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Zamri memberitahu, semua calon-calon yang terlibat akan digerakan ke pusat peperiksaan alternatif jika banjir kembali melanda.

Katanya, pihak sekolah diberikan tanggungjawab sekolah untuk memastikan pelajar terlibat melaporkan diri jika mereka terjejas dengan banjir.

Mohd. Zamri berkata, persiapan awal telah dibuat oleh JPN Kelantan dengan dengan pemantauan secara berkala kepada semua sekolah yang terjejas dengan banjir.

Katanya, pada masa sama kerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Bomba dan Polis turut dijalinkan bagi memastikan gerak kerja berjalan lancar jika banjir berlaku.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya