JPJ dapatkan pengesahan PDRM jumlah kemalangan, kematian - Utusan Malaysia

JPJ dapatkan pengesahan PDRM jumlah kemalangan, kematian

MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mendapatkan pengesahan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai jumlah sebenar kematian dan kemalangan maut di negara ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, beliau sudah meminta Ketua Pengarah JPJ, Datuk Rospiagos Taha meneliti statistik tersebut.

“Angka itu belum disahkan setakat ini dan saya rasa mungkin ada kekeliruan antara kematian dan kemalangan maut.

“Kedua-duanya adalah perkara berbeza dan saya sudah meminta Ketua Pengarah JPJ, membuat pengesahan lanjut dengan PDRM mengenai angka itu,” katanya selepas meninjau JPJ Selangor, Padang Jawa di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan sebanyak 598,635 kemalangan jalan raya dicatatkan di seluruh negara bermula 1 Januari sehingga 30 Disember lalu berdasarkan statistik PDRM.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd. Nasri Omar berkata, jumlah itu turut meliputi 5,984 kes kemalangan maut.

Secara keseluruhannya, seramai 6,433 mangsa dilaporkan maut bagi tempoh berkenaan.

Selangor merekodkan kes tertinggi sebanyak 173,129 kemalangan diikuti Johor (87,370), Kuala Lumpur (72,701), Pulau Pinang (53,289), Perak (41,578) dan Negeri Sembilan (28,822).

Selangor turut mencatatkan jumlah kematian tertinggi sebanyak 1,059 mangsa, diikuti Johor (1,045), Perak (683), Kedah (576) dan Sarawak (429).

Mengulas lanjut, kata Siew Fook, pihaknya sentiasa memandang serius apa jua angka kemalangan maut dan kematian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya