Johor pertimbang sedia kediaman untuk penuntut di Jordan - Utusan Malaysia

Johor pertimbang sedia kediaman untuk penuntut di Jordan

MOHD. FARED Mohd. Khalid (tengah) bersama sebahagian orang ramai yang menghadiri Majlis Batu Pahat Berselawat di Masjid Jamek Taman Sri Sulong, Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Bagi membantu meringankan beban kos pembelajaran penuntut di Jordan, kerajaan negeri mempertimbangkan untuk menyediakan kediaman kepada mereka seperti yang disediakan di Mesir.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Johor, Mohd  Fared Mohd. Khalid berkata, permintaan berkenaan telah dilakukan oleh para penuntut di negara itu dan kini perbincangan awal sudah diadakan.

Katanya, sebelum ini kerajaan negeri menyewa dua buah bangunan yanf dibaik pulih dengan kos RM8.4 juta di Mesir yang  dijadikan sebagai asrama para penuntut dan menempatkan seramai 354 orang.

“Bangunan di Mesir itu akan mula menempatkan para pelajar yang mengambil jurusan keagamaan dan  perubatan pada bulan ini.

“Secara umumnya, pelajar kita di Mesir dan juga 250 orang di Jordan dalam keadaan yang baik dan kita akan cuba bantu mereka dari semasa ke semasa,” katanya selepas Majlis Batu Pahat Berselawat di Masjid Jamek Taman Sri Sulong, malam tadi.

Mengulas tentang sambutan Batu Pahat Berselawat, Mohd. Fared berkata, kira-kira 5,000 penduduk di sekitar Parit Sulong menghadiri majlis yang julung kali diadakan di luar bandar Batu Pahat. 

Keunikan sambutan tahun baharu bercirikan mesra Muslim dengan mohon keberkatan seperti sembahyang hajat, doa selamat dan bacaan yasin selain berselawat ke atas nabi Muhamad SAW. 

“Ia bertujuan untuk memohon keharmonian negeri Johor, kedamaian dalam pentadbiran kerajaan negeri dan keselamatan rakyat,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya