Johor mahu pastikan tiada lagi lokasi banjir baharu wujud - Utusan Malaysia

Johor mahu pastikan tiada lagi lokasi banjir baharu wujud

MOHD JAFNI Md. Shukor (empat dari kanan) menghadiri Program Johor Bersih Peringkat Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) 2024 di Taman Tasek, Taman Sri Saujana, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Kerajaan negeri akan terus berusaha memastikan tiada lagi kawasan ‘hotspot’ banjir yang baharu wujud apabila mengambil langkah penyelesaian jangka panjang di lokasi yang dikenali pasti sering dilanda bencana  alam itu sebelum ini.

Pengerusi Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, sebanyak RM15 juta telah disalurkan bagi menangani isu banjir di 30 kawasan yang sering dilanda banjir di Johor Bahru sebelum ini.

Menurutnya, jumlah peruntukan tersebut hanya boleh menyelesaikan masalah i 10 kawasan, manakala 20 lagi akan dilaksanakan pada tahun berikutnya. 

Katanya, jawatankuasa banjir yang ditubuhkan kerajaan negeri juga akan mengenal pasti tempat untuk dinaik taraf seperti kolam takungan parit dan pembinaan tembok penghalang banjir seperti di Kampung Mohd. Amin supaya air dari Sungai Chat tidak melimpah dan di Setia Indah.

“Apabila kita mula selesaikan (hotspot banjir) maksudnya akan selesai secara berpanjangan. Jadi kita hendak, bila selesaikan hotspot banjir tidak akan ada hotspot banjir baharu akan timbul,” katanya selepas merasmikan Program Johor Bersih Peringkat Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) Tahun 2024 di Taman Tasek, Taman Sri Saujana di sini hari ini.

Mohd. Jafni berkata, pihaknya juga akan bekerjasama dengan dua Exco yang membabitkan beberapa jabatan di bawah portfolio mereka, iaitu Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan dan Saliran.

Katanya, bagi penyelesaian jangka panjang setiap longkang, parit dan kolam tadahan perumahan baharu akan dibuat dengan kapasiti besar bagi menampung jumlah hujan yang banyak

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai berkata, kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan  juga perlu melihat semula adakah relevan spesifikasi yang ada pada ketika ini sebelum memberi kelulusan bagi projek-projek pembangunan baharu yang akan dilaksanakan. 

“Sebab itu di peringkat kelulusan untuk projek-projek baharu kena lihat impak apabila hutan, pokok-pokok ditebang dengan aliran air pergi ke arah mana. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN