JKR Kelantan urus 58 projek sambungan bawah RMK12

JKR Kelantan urus 58 projek sambungan bawah RMK12

MOHD. Suhaili Ismail (tengah) mengiringi Tuan Zainal Abidin Tuan Yusof (kiri) menyampaikan anugerah pada Malam Apresiasi JKR Kelantan 2023 di Kota Bharu, Kelantan malam tadi. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan sedang menguruskan 58 projek sambungan di bawah Rolling Plan 2 Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di seluruh negeri ini membabitkan nilai keseluruhan mencecah RM874 juta.

Pengarahnya Ir. Mohd. Suhaili Ismail berkata, kesemua itu merupakan projek-projek yang masih dalam peringkat pembinaan dan berada di dalam kawalan JKR Kelantan.

Menurutnya, ia merangkumi projek pembinaan bangunan, jalan raya dan sebagainya di bawah pelbagai kementerian seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

“Projek paling banyak yang dikendalikan oleh kami (JKR Kelantan) ialah KPM dan diikuti KKDW.

“Sekolah daif dan pembinaan sekolah baharu seperti Sekolah Menengah Berasrama Penuh Integrasi Tanah Merah serta Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Bali, Pasir Puteh antara projek dibawah KPM,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Malam Apresiasi JKR Kelantan 2023  yang turut dihadiri Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (Pembangunan) Datuk Tuan Zainal Abidin Tuan Yusof di sini malam tadi.

Mohd. Suhaili memberitahu, pada tahun ini JKR Kelantan menerima projek-projek baharu di bawah Rolling Plan 3 RMK12.

Katanya, sebahagian daripada projek itu telah memulakan kerja di tapak dengan surat setuju terima sudah dikeluarkan.

“Untuk bulan ini kita telah menerima sebanyak tiga projek baharu dan akan menerima lebih banyak projek pada masa akan datang.

“Ia termasuk projek-projek di bawah Rolling Pan 4 yang baru diluluskan senarainya dan dijadualkan bermula tahun ini,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya