Jelajah Kampus Madani ke semua  IPT, politeknik, kolej komuniti - Utusan Malaysia

Jelajah Kampus Madani ke semua  IPT, politeknik, kolej komuniti

Zambry Abdul Kadir ketika berucap pada Majlis Landasan Hala Tuju KPT 2024 di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya di ibu negara hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengadakan  Jerayawara atau jelajah Kampus Madani di seluruh institusi pengajian tinggi (IPT) termasuk di politeknik dan kolej komuniti.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, program tersebut untuk meninjau keadaan dan mengenal pasti masalah dan kekurangan yang memerlukan penambahbaikan di peringkat akar umbi.

“Jelajah ini juga bagi memastikan kebajikan semua kakitangan dan para pelajar dititikberatkan selain  merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi  Malaysia yang baharu,” katanya pada Majlis Landasan Hala Tuju KPT 2024 di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya di sini hari ini.

Menurut beliau, pelan tersebut adalah lanjutan dan kesinambungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) atau PPPM(PT) 2015-2025 yang  akan tamat pada tahun hadapan.

“Oleh itu, saya minta supaya pelan baharu yang akan dibangunkan ini mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan melalui sesi libat urus yang lebih menyeluruh,” katanya.

Zambry berkata, dia juga memberikan masa kepada kementerian untuk mendiagnosis tahap pencapaian pendidikan tinggi secara terperinci dan menyeluruh.

“Kita perlu bedah siasat untuk mengenal pasti isu dan punca sebenar kepada permasalahan yang berlaku dan dapat merangka strategi jangka masa panjang menjelang  pelan pembangunan pendidikan tinggi negara yang baharu,” jelasnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya