Jalan Senai-Seelong dituup bagi semua kenderaan - Utusan Malaysia

Jalan Senai-Seelong dituup bagi semua kenderaan

SEORANG pekerja mengawal kenderaan yang melalui Jalan Senai-Ulu Tebrau yang dinaiki air berikutan hujan lebat berterusan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Orang ramai, khususnya pengguna jalan raya dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ekoran laluan yang menghubungkan Senai – Seelong berhampiran Sekolah Hidayah dinaiki air susulan hujan lebat berterusan pagi ini.

Utusan Malaysia dimaklumkan, laluan itu mula dinaiki air kira-kira pukul 7 pagi dan kini ditutup kepada semua kenderaan.

Malah, tinjauan pada pukul 10.30 pagi mendapati paras air semakin meningkat hampir dua meter.

Pihak kontraktor telah meletakkan kon penghadang sebagai amaran dan orang ramai dinasihatkan tidak mengambil risiko dengan meredah air banjir yang semakin naik.

Dalam pada itu, Jalan Senai-Ulu Tebrau hanya boleh dilalui kenderaan berat ekoran air naik sehingga satu meter.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya