Jalan mendap, laluan Jalan Kuantan-Segamat ditutup - Utusan Malaysia

Jalan mendap, laluan Jalan Kuantan-Segamat ditutup

JALAN Kuantan-Segamat kini ditutup kepada semua jenis kenderaan sehingga 28 Januari nanti berikutan berlakunya kejadian jalan mendap.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Laluan Jalan Kuantan-Segamat (FT012) ditutup bagi semua jenis kenderaan bermula semalam sehingga 28 Januari depan.

Ia berikutan berlakunya kejadian jalan mendap di Seksyen 102 (berhampiran kawasan Burung Unta).

Jurucakap Jabatan Kerja Raya (JKR) Pekan memaklumkan penutupan tersebut bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan dijalankan oleh pihak Pasukan Projek FT012.

“Laluan Alternatif dicadangkan jika dari arah Kuantan ke Muadzam Shah, semua pengguna dilencongkan ke Laluan Persekutuan FT03 (Kuantan-Endau melalui Bandar Pekan) dan Laluan FT63 (Leban Condong-Muadzam Shah).

“Pengguna dari arah Gambang ke Muadzam Shah pula dilencongkan ke laluan FT82 (Pekan Batu Balek) ke Laluan Persekutuan FT 03 (Kuantan-Endau).

“Sementara pengguna dari arah Muadzam Shah ke Kuantan pula dilencongkan ke FT63 (Leban Condong-Muadzam ke Laluan Persekutuan FT03 (Kuantan-Endau),” katanya di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya