Jabatan Imigresen gempur 19 premis, 80 PATI ditahan - Utusan Malaysia

Jabatan Imigresen gempur 19 premis, 80 PATI ditahan

SEBAHAGIAN PATI yang ditahan dalam operasi khas yang dijalankan oleh JIM Negeri Sembilan di 19 buah premis menempatkan warga asing di sekitar Seremban, Nilai dan Port Dickson.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai 80 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan dalam operasi khas yang diadakan di 19 buah premis menempatkan warga asing di sekitar daerah ini dan Port Dickson.

Pengarah JIM Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kiang berkata, operasi diadakan selamat tiga hari bermula 2 Januari sehingga semalam itu melibatkan seramai 17 orang pegawai.

Menurutnya beliau, hasil daripada operasi yang dilaksanakan, pemeriksaan telah dibuat ke atas 161 orang individu termasuk warga asing.

Katanya, PATI yang ditahan membabitkan dari enam buah negara iaitu Bangladesh, Indonesia, Sri Lanka, India, Myanmar dan Thailand.

“Kesemua ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah, Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tinggal lebih masa dan Peraturan 39(b) Peraturan- Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas yang ditetapkan.

“Mereka telah dihantar dan ditahan di Depot Imigresen Lenggeng untuk siasatan lanjut. Lapan borang saman saksi juga dikeluarkan kepada majikan dan penjaga premis untuk hadir ke JIM Negeri Sembilan bagi membantu siasatan,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya