TUMPAT: Seorang pegawai penyiasat polis direman seminggu bermula hari ini selepas disyaki merogol seorang gadis yang dipanggil ke pejabatnya sebagai saksi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat di sini kelmarin.
Perintah reman keatas pegawai berpangkat Inspektor berusia 38 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi di Mahkamah Majistret Tumpat di sini hari ini.
Semasa prosiding reman berlangsung, peguam yang mewakili pegawai polis itu, Mohd. Firdaus Zainal Abidin membantah permohonan tahanan reman terhadap anak guamnya.
Mahkamah bagaimanapun memerintahkan inspektor itu direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.
Tahanan reman itu bagi membolehkan pegawai polis tersebut disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.-UTUSAN