Ingen bantu nelayan Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

Ingen bantu nelayan Negeri Sembilan

AMINUDDIN Harun ketika menyampaikan Elaun Sara Hidup Nelayan pada Majlis Rahmah Mesra Pemimpin Bersama Nelayan Negeri Sembilan di Port Dickson hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Kerajaan Negeri Sembilan telah memperuntukkan sebanyak RM500,000 menerusi Insentif Galakan Nelayan (Ingen) bagi membantu nelayan di negeri ini bagi membeli kelengkapan, alatan dan bagi tujuan baik pulih bot.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bantuan berkenaan adalah berupa geran berjumlah antara RM5,000 hingga RM15,000 seorang tertakluk kepada kelayakan dan pengesahan diberikan agensi kerajaan berkaitan.

Menurut beliau, berdasarkan rekod pada 29 Oktober 2022, seramai 12 orang nelayan telah menerima bot fibre, 30 nelayan menerima enjin bot dan 19 nelayan menerima pelbagai jenis peralatan menangkap ikan. 

“Itu adalah antara komitmen kerajaan negeri selepas negara dilanda wabak Covid-19. Kerajaan negeri dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan memberikan bantuan dan sokongan kepada pengeluar makanan yang meliputi nelayan dan penternak akuakultur kerana mereka merupakan pihak berkepentingan utama dalam ekosistem makanan negara. 

“Pembangunan perikanan laut dan perikanan darat perlu dipertingkatkan melalui galakan inovasi dan penggunaan peralatan berteknologi tinggi serta kepelbagaian spesis kultur bagi meningkatkan pengeluaran makanan negara,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Pemimpin Bersama Nelayan Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, pada majlis berkenaan, seramai 276 orang nelayan menerima Elaun Sara Hidup Nelayan dengan nilai keseluruhan sebanyak RM82,800 secara tunai.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya