Imigresen tidak tidur, saat PATI tidur kita datang - Ruslin - Utusan Malaysia

Imigresen tidak tidur, saat PATI tidur kita datang – Ruslin

RUSLIN JUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengenal pasti 220 lokasi panas penempatan haram dan  tumpuan pendatang asing tanpa izin (PATI) di seluruh negara.

Semua kawasan tersebut akan digempur imigresen bagi membersihkan imej lokasi-lokasi dikuasai warga asing. Selain lokasi panas, imigresen juga akan menjejaki  premis perniagaan warga asing.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Ruslin Jusoh berkata, antara lokasi panas di ibu negara adalah seperti  di Jalan Silang dan Bukit Bintang tetapi di negeri-negeri  lain turut dikesan.

“Tumpuan kita adalah penempatan yang dikesan sama ada dibina secara haram atau di sewa selain tempat kerja dan perniagaan.

“Ini kerana, imigresen banyak menerima aduan  penduduk atau pemimpin masyarakat yang bimbang dengan lambakan warga asing,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, semakan akan dilakukan  secara berterusan kerana imigresen tidak mahu warga asing di negara  ini tinggal secara tidak sah.

“Lokasi-lokasi ini sudah dalam radar kita. Tunggu masa.. kita tidak pernah tidur, di saat mereka (PATI) tidur, kita datang. Kita tidak mahu mereka (PATI) ini bebas bergerak sesuka hati sedangkan mereka lakukan kesalahan imigresen,” kata Ruslin

Dalam perkembangan sama, Ruslin berkata, berdasarkan statistik dalam tempoh 16 hari tahun ini bermula 1 Januari, sebanyak 714 operasi dan 7,571 pemeriksaan warga asing telah dilakukan.

Hasil tindakan itu, seramai 3,261 PATI ditahan selain tangkapan 35 majikan.

“Operasi berterusan tanpa henti akan dijalankan dengan kerjasama semua agensi termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Sasaran kita bukan sahaja PATI, tetapi majikan yang majoritinya warga tempatan kerana menggajikan PATI,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya