Imigresen tahan lebih 100 warga asing di Brickfields - Utusan Malaysia

Imigresen tahan lebih 100 warga asing di Brickfields

SEBAHAGIAN warga asing yang diperiksa Imigresen Putrajaya dalam Op Sapu di Brickfields hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen (Imigresen) menahan lebih 100 warga asing dalam operasi di sekitar Brickfields di sini tengah hari tadi selepas menerima aduan penduduk tempatan mengenai kebanjiran warga asing di kawasan itu.

Dalam operasi pada pukul 1 tengah hari, seramai 370 individu termasuk 35 wanita warga asing dari lapan negara diperiksa sepasukan pegawai dan anggota Imigresen Putrajaya. 

Ketika pemeriksaan ada diantara mereka cuba melarikan diri dan enggan memberikan kerjasama.

Pemeriksaan turut dijalankan terhadap pekerja di 30 premis di sekitar kawasan berkenaan susulan aduan yang diterima.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen,  Jafri Embok Taha berkata, hasil pemeriksaan itu, kira-kira 100 warga asing Bangladesh, Pakistan, Sri Lanka, India dan Indonesia ditahan.

 “Semua individu ditahan berusia 25 hingga 71 tahun. Jumlah tangkapan ini akan meningkat selepas proses dokumentasi selesai dijalankan.

 “Operasi dijalankan di kawasan ini susulan aduan orang ramai terhadap kebanjiran warga asing,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

 Beliau berkata, kebanyakan warga asing yang ditahan gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan selain yang ada dokumen  melanggar syarat pas.

“Semua individu yang ditahan akan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Semenyih untuk tindakan lanjut.   

“Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1958/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Manusia (ATIPSOM) 2007,” katanya.

Kata beliau, majikan diingatkan untuk tidak melindungi warga asing dan perlu memohon pekerja asing mengikut undang-undang ditetapkan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya