Ibu tak tahu anak pergi mandi parit - Utusan Malaysia

Ibu tak tahu anak pergi mandi parit

SUHANA Salman menunjukkan gambar Muhammad Airell yang lemas bersama rakannya ketika mandi di parit di Kampung Perpat, Tanjung Sedili, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Ibu kepada seorang remaja yang ditemukan lemas di Kampung Perpat, Tanjung Sedili dekat sini tidak mengetahui anak keduanya itu keluar rumah untuk pergi mandi di parit.

Suhana Salman, 40, berkata, anaknya, Muhammad Airell Iskandar, 14, ada meminta izin daripadanya untuk keluar rumah kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Ketika itu dia hanya mengagak Muhammad Airell mahu keluar membeli kelengkapan motosikal memandangkan itu memang minatnya.

“Hari ini dia tidak sekolah kerana ada pelajar SPM jalani peperiksaan. Sebelum minta izin keluar dia sedang menyembur cat di motosikalnya selepas itu kawan datang dia beritahu mahu keluar sekejap. Saya pun hanya agak dia mahu keluar cari barang motor, namun kira-kira pukul 12.30 ibu hubungi saya memberitahu bahawa anak lemas di parit.

“Saya juga sempat ke lokasi kejadian, ketika itu jenazah anak belum ditemui begitu juga rakannya. Kira-kira lebih setengah jam kemudian barulah jenazah anak ditemui,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi, di sini hari ini.

Suhana berkata, rakan anaknya memaklumkan mereka berlima ke parit itu, iaitu Muhammad Airell cuba untuk menyelamatkan Mohamad Azihan Baharum, 18, sebelum dia turut sama tenggelam.

Ibu kepada empat orang anak itu berkata, Muhammad Airell adalah seorang yang pendiam, namun sejak akhir-akhir ini dia menjadi seorang yang sangat manja terutama dengan dirinya dan suami.

Perubahan itu membuatkan dia merasa pelik, namun hanya menganggap hanya perkara biasa.

“Memang akhir-akhir ini dia agak manja dengan saya dan suami, suka peluk-peluk saya. Memang pelik sebab kebiasaannya dia bukan seperti itu suami juga hairan, namun kami tidak fikir apa.

“Tidak sangka pula hari ini kami kehilangannya. Namun kami reda dengan apa yang berlaku,” katanya sambil memberitahu jenazah anaknya itu akan dikebumikan di Tanan Perkuburan Islam Kampung Sayang, Tanjung Sedili.

Terdahulu media melaporkan kegembiraan lima remaja mandi di sebuah parit di Kampung Perpat, Tanjung Sedili bertukar tragedi selepas dua daripada mereka ditemukan lemas petang tadi.

Mayat Muhammad Airell  ditemukan pukul 1.35 petang, manakala rakannya, Mohamad Azihan menyusul 10 minit kemudian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya