'Hot Daddy' mengaku tidak bersalah jual video seks sendiri

‘Hot Daddy’ mengaku tidak bersalah jual video seks sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lelaki tempatan dengan gelaran Hot Daddy yang ditahan kerana menjual videonya melakukan hubungan seks dengan beberapa wanita di media sosial minggu lalu, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh, Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, didakwa bersama dua rakannya, Norshazrina Md. Zamri, 27, dan Norhidayah Mahadi, 24.

Kesemua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa bersama-sama membuat pengiklanan khidmat persundalan di aplikasi X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter) dengan menggunakan akaun ‘NOTYOURDADDY’ (@HOTDADDYYXX) yang mana orang munasabah akan memahaminya sebagai khidmat persundalan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada pukul 10.10 pagi, 16 Januari lalu di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Bukit Aman di sini.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan dan dibaca di bawah Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan penjara maksimum 15 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nidzuwan Abd. Latif tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap ketiga-tiga tertuduh kerana seksyen tersebut merupakan antara kesalahan yang tidak boleh dijamin.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan mencadangkan jumlah RM20,000 bagi setiap tertuduh jika mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin.

Peguam bela, Mohd. Faris Abrar Othman yang mewakili kesemua tertuduh memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diberi ikat jamin dengan jumlah jaminan yang rendah.

Kata Mohd. Faris, ketiga-tiga anak guamnya tiada kebarangkalian melarikan diri memandangkan kesemua tertuduh afalah rakyat tempatan selain keluarga mereka juga tinggal dalam negara.

“Hasli Ikhwan mempunyai tiga anak berusia 4, 10 dan 12 tahun. Tertuduh Norhidayah tiada pendapatan tetap manakala Norshazrina menanggung ibu yang sudah tua,” kata Mohd. Faris.

Turut mewakili kesemua tertuduh ialah peguam bela, Muhammad Faiz Mustafa.

Siti Aminah kemudian membenarkan ketiga-tiga tertuduh masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin selepas mendengar hujah dan rayuan kedua-dua pihak.

Mahkamah menetapkan 28 Februari ini untuk sebutan semula kes.

Pada 18 Januari lalu, media melaporkan tiga individu telah ditahan di sebuah rumah di Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang.

Suspek elaki itu dikesan melalui hasil maklumat dan risikan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), JSJ Bukit Aman mengenai kegiatan mempromosi aktiviti seks dirinya sendiri yang dirakam dan dijual untuk tontonan di aplikasi Telegram.

Siasatan awal mendapati suspek utama yang pernah berkahwin dua kali dan bercerai memulakan aktiviti menjual dan mempromosi ubat kuat seks daripada China menerusi platform media sosial, sejak awal tahun lalu.

Demi mengaut keuntungan lebih tinggi, suspek kemudian mempelajari cara baharu merakam videonya melakukan hubungan seks ganas dengan teman wanitanya sebelum menjual adegan berkenaan dalam tiga saluran di aplikasi Telegram, sejak Julai 2023.

Setakat 16 Januari lalu, suspek mempunyai 2,051 pelanggan bagi pakej 200 video dengan bayaran RM100 dan 622 pelanggan untuk pakej RM20 sebulan bagi 13 video. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya