HKL siasat dakwaan pesakit meninggal dunia akibat ventilator

HKL siasat dakwaan pesakit meninggal dunia akibat ventilator

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hospital Kuala Lumpur (HKL) sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian seorang pesakit yang meninggal dunia manakala seorang lagi disahkan mati otak selepas menerima rawatan melalui mesin ventilator.

Pengarah HKL, Datin Dr. Rohana Johan berkata, pihaknya dengan kerjasama syarikat konsesi hospital sentiasa memastikan peralatan perubatan yang digunakan bagi merawat pesakit dalam keadaan baik.

“Pihak hospital dan syarikat konsesi sentiasa memastikan peralatan diselenggara mengikut jadual agar perkhidmatan kesihatan berkualiti dapat diberikan kepada pesakit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ia susulan laporan dikeluarkan oleh sebuah portal berita bahawa terdapat seorang pesakit meninggal dunia manakala seorang lagi disahkan mati otak dalam tempoh seminggu di dua wad berasingan di hospital Lembah Klang.

Tambah Dr. Rohana, sebarang komplikasi rawatan perubatan yang menjejaskan keselamatan pesakit akan disiasat melalui sistem pelaporan insiden sebagaimana digariskan dalam panduan pengurusan Laporan Insiden Kementerian Kesihatan (KKM). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya