Heroin RM7.89 juta untuk pasaran Hong Kong dirampas di KL - Utusan Malaysia

Heroin RM7.89 juta untuk pasaran Hong Kong dirampas di KL

Pengarah Jabatan Sasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Seri Mohd. Kamarudin Md. Din
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah di ibu negara untuk dipasarkan ke Hong Kong selepas merampas heroin bernilai RM 7.89 juta dalam satu serbuan di ibu negara 5 Januari lalu.

Kesemua heroin seberat 7.41 kilogram (kg) an 74.03 kg serbuk bahan kimia dirampas dalam serbuan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman di sebuah kondominium di Jalan Sultan Ismail di sini.

Pengarah Jabatan Sasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Seri Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, rampasan dan intipan itu hasil perkongsian maklumat daripada Biro Narkotik Hong Kong.

Menurut beliau, dalam serbuan itu, seorang lelaki tempatan, seorang lelaki warganegara Hong Kong dan seorang wanita warganegara Mongolia berusia 25 hingga 48 tahun ditahan.

“Modus operandi sindiket menjadikan premis kediaman kondominium sebagai tempat pembungkusan sebelum diedarkan ke pasaran Hong Kong,”

“Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas ini boleh digunakan oleh seramai 399,168 penagih,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur disini, hari ini.

Mohd. Kamarudin berkata, modus operandi yang digunakan sindiket adalah menyeludup keluar bekalan dadah dari Malaysia dan diedarkan untuk pasaran Hong Kong.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya