Hasrat 2,000 penduduk nikmati jalan berturap semakin hampir - Utusan Malaysia

Hasrat 2,000 penduduk nikmati jalan berturap semakin hampir

JALAN tanah merah ke Kampung Buayan, Penampang yang kini hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Penantian lebih 2,000 penduduk di Kampung Buayan dan Kampung Terian untuk menikmati kemudahan jalan raya berturap mungkin akan berakhir apabila proses perolehan untuk mendapatkan peruntukan berjalan lancar.

Pada masa ini, penduduk di kawasan pedalaman Penampang itu masih lagi bergantung dengan jalan tanah merah yang ada kalanya mencabar semasa musim hujan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick berkata, beliau akan menyusuli perkembangan proses perolehan daripada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) mengenai usaha menaik taraf jalan berkenaan.

“Cadangan menaik taraf jalan Buayan-Terian ini memang berada dalam senarai Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk dicadangkan kepada KKDW.

“Jadi, saya akan susuli proses perolehan bagi projek menaik taraf itu dan saya percaya tender akan dibuka oleh KKDW,” katanya.

Menurut Ewon, beliau akan mendapatkan perkembangan terkini mengenai proses penaiktarafan jalan itu dalam mesyuarat tindakan pembangunan daerah Penampang yang akan datang.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu berkata, beliau ingin melihat proses menaik taraf jalan Buayan-Terian itu dapat dilaksanakan semasa beliau masih Ahli Parlimen Penampang.

Pada masa sama, proses membuka jalan baharu ke Kampung Longkogugan yang merupakan kampung angkat kementeriannya juga sedang dilaksanakan. Ketika ini, tiada sebarang jalan untuk masuk ke Kampung Longkogugan.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan kesukaran dihadapi guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Buayan yang terpaksa berjalan kaki meredah jalan tanah merah demi tugas sebagai seorang guru.

Guru, Zeabenia Mositol, 50, berkata, sepanjang mengajar hampir 30 tahun itu, beliau sudah biasa berjalan kaki sekiranya ada mesyuarat tidak dijangka yang dimaklumkan pada saat-saat akhir.

Malah, murid-murid di sekolah itu juga terpaksa meredah hutan belantara dan sungai selama sejam untuk kembali semula ke sekolah setiap kali selepas cuti pada hujung minggu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya