Harap  untung 380 peratus rupanya rugi  RM4 juta  - Utusan Malaysia

Harap  untung 380 peratus rupanya rugi  RM4 juta 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah  warga emas berputih mata apabala wang RM4 juta yang  dilaburkan lesap.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, siasatan awal mendapati, mangsa terpedaya dengan iklan pelaburan semasa melayari laman sosial dan kemudian menekan pautan diberikan. 

Menurut  beliau, mangsa  seterusnya dimasukkan ke dalam kumpulan WhatApps pelaburan itu sebelum diminta mengikuti kelas, diberi tips dan nota berkaitan pelaburan  ditawarkan.

“Mangsa dijanjikan pulangan 380 peratus daripada jumlah pelaburan yang dibuat. Terpedaya dengan taktik yang digunakan,mangsa melakukan pindahan wang ke dalam 11 akaun syarikat seperti diarahkan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Kata beliau, siasatan lanjut mendapati, mangsa telah memindahkan wang keseluruhan bernilai kira-kira RM4 juta kerana mengharapkan keuntungan berganda.. 

“Sejak melabur dan membuat laporan polis,  mangsa tidak pernah menerima pulangan keuntungan daripada pelaburan yang dibuat.

“Siasatan masih berjalan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya