Hantar 20 tan makanan untuk Orang Asli

Hantar 20 tan makanan untuk Orang Asli

BEKALAN makanan yang akan dihantar ke kawasan perkampungan Orang Asli menggunakan helikopter di Gua Musang, Kelantan-UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) menghantar 20 tan bekalan makanan kepada keluarga Orang Asli di lima buah pos pedalaman di sini yang terputus jalan perhubungan akibat banjir.

Ketua Pengarah Jakoa, Datuk Sapiah Mohd. Nor berkata, operasi itu menggunakan sebuah helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Menurutnya, operasi penghantaran bakul makanan ke 56 buah kampung di lima buah pos itu bermula semalam dan dijangka berakhir pada Jumaat ini.

“Bekalan makanan seperti beras, minyak masak dan barangan makanan lain itu dihantar kepada 1, 097 Ketua Isi Rumah (KIR) Orang Asli di Pos Balar, Pos Bihai, Pos Belatim, Pos Simpor dan Pos Gob.

“Terima kasih kepada Unit Udara JBPM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang kerana memberi kerjasama yang baik dalam menangani masalah terputus makanan di kawasan pedalaman Orang Asli,” katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi penghantaran bakul makanan di padang Dewan Kompleks Serbaguna Majlis Daerah Gua Musang (MDGM) di sini hari ini.

Sementara itu, Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba, Amir Fitri Salim berkata, seramai 19 anggota terlibat dalam operasi tersebut.

Katanya, setakat ini lebih empat tan makanan sudah dihantar ke tiga penempatan Orang Asli iaitu di Kampung Gawin, Pos Gob dan Pos Bihai.

“Operasi itu diteruskan hari ini ke empat kawasan yang terlibat iaitu Kampung Perawas, Kampung Sempadik, Kampung Dakoh di Pos Balar dan Pos Belatim yang membabitkan kira-kira enam tan bekalan makanan.

“Berdasarkan jadual yang diberikan dan keadaan cuaca kawasan operasi, pesawat kami boleh membuat penerbangan di kawasan-kawasan terlibat,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya