Hamdan Senario meninggal dunia

Hamdan Senario meninggal dunia

hamdan senario
HAMDAN RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pelawak dan anggota kumpulan Senario, Hamdan Ramli, 55, dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini pada pukul 12.50 tengah hari tadi.

Azlee Jaafar, 55, atau lebih mesra dengan panggilan Azlee mengesahkan perkara itu ketika dihubungi pemberita, di sini sebentar tadi.

“Betul, Hamdan sudah meninggal dunia kira-kira pukul 12.50 tengah hari tadi. Dia sudah tiada.

“Saya dimaklumkan jenazahnya akan dibawa pulang ke kampung halamannya di Ipoh, Perak petang nanti selepas selesai semua urusan jenazah untuk disemadikan,” katanya ringkas dalam nada sebak.

Terdahulu, pada 31 Disember lalu, Hamdan ditidurkan selepas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSA Johor Bahru akibat komplikasi buah pinggang.

Dia bersama rakan-rakan anggota kumpulan Senario yang lain berada di negeri ini untuk menjayakan Program Wonderful Night with Senario Union yang merupakan program berhibur sambil beramal bertujuan mengumpul sumbangan untuk membantu golongan artis veteran tanah air. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN