Hakisan Pantai Teluk Bayu makin meruncing

Hakisan Pantai Teluk Bayu makin meruncing

LALUAN berdekatan gerai peniaga runtuh akibat hakisan di Pantai Teluk Bayu, di Kampung Pachakan, Besut. - UTUSAN/WAN ZURATIKAH IFFAH WAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Masalah hakisan di Pantai Teluk Bayu, Kampung Pachakan di sini pada musim tengkujuh ini semakin meruncing dan membimbangkan penduduk.

Azlieya Rosli, 30, berkata, kejadian hakisan pantai itu menyebabkan  jalan raya sejauh kira-kira dua kilometer yang menjadi laluan pesisir pantai mulai runtuh, baru-baru ini.

Menurutnya, situasi itu menyukarkan pelanggan untuk ke gerai ikan celup tepung terletak di sepanjang pantai Teluk Bayu. 

“Sebelum ini bilangan gerai yang dibuka di kawasan ini sekitar enam buah semua tetapi sejak kawasan ini semakin teruk dan laluan pun rosak, hanya tinggal dua kedai masih bertahan. 

“Kami bukan hanya berdepan risiko kerosakan harta benda malah pendapatan turut terjejas di mana untuk memperoleh RM100 sehari agak sukar berbanding sebelum ini mampu mencecah RM2,000 pada hujung minggu,” katanya ketika ditemui di Kampung Pachakan, di sini, hari ini. 

Katanya lagi, hakisan itu dikatakan telah berlaku sejak dua tahun lalu dan ia semakin parah akibat ombak besar pada musim tengkujuh Disember tahun lepas. 

Sementara itu, Camang Mamat, 40, berkata, pantai yang sebelum ini terletak kira-kira 100 meter kini semakin hampir dengan gerai peniaga. 

“Sekarang ini jalan raya yang memisahkan pantai dan gerai peniaga telah runtuh akibat hakisan. Jadi, apabila berlaku seperti ini kawasan pantai ini nampak buruk dan orang ramai tidak lagi berkunjung ke sini. 

“Selain itu banyak sampah sarap dihanyutkan ke darat sehingga mencacatkan pemandangan yang sebelum ini menjadi tarikan di pantai Teluk Bayu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya