H: 20 penternak di P. Pinang rugi hampir RM30 juta akibat ASF

20 penternak di P. Pinang rugi hampir RM30 juta akibat ASF

SAIRA (tengah) berbincang bersama pegawainya di ibu pejabat JPV Pulau Pinang di Jalan Bukit Tengah, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI: Sebanyak RM29,573,180 kerugian direkodkan akibat penyakit demam babi Afrika (ASF) di Pulau Pinang sepanjang tahun lalu.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri, Dr. Saira Banu Mohamed Rejab berkata, jumlah tersebut dinilai berdasarkan anggaran keseluruhan babi yang dilupuskan akibat penyakit itu iaitu sebanyak 27,344 ekor.

Katanya, ketika ini, semua penternak yang terlibat iaitu seramai 20 orang juga telah menerima pampasan masing-masing yang secara keseluruhannya berjumlah RM6,025,600.

“Di Pulau Pinang, kes ASF terakhir yang dikesan adalah setakat bulan Mac 2023 sahaja dan selepas itu tidak ada lagi kes baharu.

“Hal ini demikian mungkin disebabkan oleh kaedah stamping out yang kita (JPV Pulau Pinang) amalkan dan kaedah tersebut terbukti berjaya. Bagaimanapun, pemantauan lanjut masih dijalankan di ladang-ladang (babi) sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.

Beliau ditemui pemberita semasa Majlis Pembentangan Laporan Penguatkuasaan di Bawah Perundangan JPV Pulau Pinang bagi  2023 di Ibu Pejabat JPV negeri di Jalan Bukit Tengah, Bukit Mertajam di sini, petang tadi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya