Gunung Senyum miliki pelbagai variasi misteri gamit pengunjung

Gunung Senyum miliki pelbagai variasi misteri gamit pengunjung

HUTAN Lipur Gunung Senyum di Felda Jengka 25, Rumpun Makmur, Kuala Krau di Temerloh, Pahang menjadi aset pelancongan bertaraf dunia di Temerloh Titik Tengah Semenanjung.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Pelancong domestik dan antarabangsa yang menggemari aktiviti lasak dan misteri digalakkan mendaki Gunung Senyum di Felda Jengka 25, Rumpun Makmur Wilayah Jengka di sini.

Gunung yang mempunyai ketinggian 486 meter ini menjadi aset pelancongan bertaraf dunia di daerah Temerloh Titik Tengah Semenanjung (TTTS).

Gunung Senyum mempunyai hutan dipterokarp bukit yang terdapat pelbagai flora atau tumbuhan herba bernilai tinggi untuk perubatan tradisional.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, Gunung Senyum memiliki 25 gua dengan nama unik dan klasik.

“Antara gua menarik di sini ialah Gua Terang Bulan, Gua Kelam dan Gua Jebak Puyuh. Terdapat juga gua-gua yang masih mengalami proses pertumbuhan stalaktit dan stalakmit

“Antara gua yang menjadi pilihan pengunjung ialah Gua Tapa, Gua Gudang Kelawar, Gua Kolam Tujuh, Gua Batu Merlap, Gua Kambing, Gua Gajah, Gua Silat, Gua Gong dan Gua Danau Impian,” katanya di sini, semalam.

Dalam pada itu, Syed Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau berkata, selain itu, Temerloh yang juga dikenali Kuala Semantan dianugerahkan keunikan logistik, budaya dan keindahan alam sekitar menjadi tarikan pelancong ke daerah tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya