Golongan pesara di Perlis rugi RM1j ditipu dalam talian

Golongan pesara di Perlis rugi RM1j ditipu dalam talian

MUHAMMAD ABDUL HALIM (dua dari kiri) menerima sumbangan al-Quran daripada Persatuan Bekas Unit Tindak Khas Bukit Aman di Kangar, Perlis hari ini. - UTUSAN/SYED AZLAN SAYID HIZAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Warga emas khususnya golongan pesara terus menjadi sasaran sindiket penipuan dalam talian dengan mencatatkan kerugian mencecah RM1.05 juta di negeri ini sepanjang tahun lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, secara keseluruhan pada tahun lalu, sebanyak 417 kes melibatkan pelbagai jenis jenayah komersial dicatatkan dengan jumlah kerugian kira-kira RM5.5 juta dicatatkan sepanjang Januari hingga Disember.

Katanya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 31 kes melibatkan golongan pesara kerajaan dan swasta membabitkan penipuan pinjaman tidak wujud (2 kes); pelaburan tidak wujud (11), phone scam dan lain-lain sebanyak 18 kes.

“Berdasarkan rekod, terdapat seorang pesara kerugian kira-kira RM400,000 hasil simpanannya daripada beberapa akaun seperti Amanah Saham Nasional dan lain-lain akibat penipuan pelaburan tidak sah.

“Pesara perlu lebih berhati-hati agar tidak termakan janji keuntungan tinggi selain perlu melakukan semakan bagi mengelakkan mengalami kerugian. Selain itu, generasi muda yang lebih peka teknologi juga perlu membantu golongan lebih berusia.

“Pihak polis juga akan turun padang untuk memberi kesedaran kepada masyarakat melalui pelbagai program kemasyarakatan bukan sahaja mengenai jenayah komersial, namun pelbagai bentuk jenayah lain dalam usaha membanteras aktiviti itu,” katanya ketika ditemui semasa program Gotong-Royong Perdana Polis Bersama Masyarakat Perlis di sini, hari ini – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya