Gerak hati ibu selamatkan nyawa bayi

Gerak hati ibu selamatkan nyawa bayi

NURFARARINA Abdullah menerima sumbangan daripada Pengurus Besar Pasaraya Econsave Cash and Carry, Mas Imran Adam selepas rumahnya musnah dalam kebakaran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang ibu bersyukur apabila dia menggerakkan hatinya untuk mengalihkan kedudukan anaknya yang baharu berusia empat bulan sekali gus tindakan itu menyelamatkan nyawa kanak-kanak tersebut.

Nurfararina Abdullah, 22, berkongsi detik cemas tersebut ketika kediamannya di Kampung Pasir Putih di sini terlibat dalam kebakaran, baru-baru ini.

Katanya, dia tergerak hati mengalihkan kedudukan bayinya itu selepas ternampak cahaya berwarna merah dari belakang rumah, selang beberapa saat sebelum tingkap gelangsar menghempap tilam bayi.

“Kejadian itu berlaku pada pukul 2 pagi, Rabu lalu ketika saya dan suami, Muhammad Anif Al-Afiz, 22, berada di bilik tidur bersama anak kami, Nur Aadra Fateema, manakala nenek saya, Jemah Yat, 81, di bilik berasingan.

“Saya risau ada kebakaran di kawasan belakang rumah, jadi terus kejut suami dan alihkan bayi kami. Selang beberapa saat tingkap gelangsar terjatuh lalu menghempap tilam bayi.

“Kejadian itu berlaku sekelip mata, saya sempat selamatkan diri bersama bayi dan nenek manakala suami berjaya selamatkan beberapa barangan penting sebelum turut menyelamatkan diri,” katanya.

Tambah Nurfararina, walaupun mereka kini tinggal sehelai sepinggang, dia tetap bersyukur semua ahli keluarganya selamat tanpa sebarang kecederaan.

Orang ramai yang mahu membantu boleh berbuat demikian menerusi akaun bank CIMB Bank milik Nurfararina Abdullah 7635550276. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya