Gajah jantan ceroboh kebun di tangkap

Gajah jantan ceroboh kebun ditangkap

GAJAH jantan yang menceroboh kebun penduduk berjaya di tangkap Perhilitan dalam operasi di Kampung Kalai, Batu Melintang, Jeli, Kelantan-IHSAN PERHILITAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Penduduk di Kampung Kalai, Batu Melintang di sini menarik nafas lega apabila seekor gajah jantan yang menceroboh masuk ke kawasan kebun mereka ditangkap semalam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri Mohamad Hafid Rohani berkata, operasi pemindahan itu akan dilakukan dalam masa terdekat dengan bantuan dua ekor gajah denak.

Menurutnya, kerja-kerja tersebut juga mendapat sokongan dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang, Pahang dan kakitangan Perhilitan Kelantan.

“Tangkapan itu susulan daripada laporan yang diterima Perhilitan Kelantan pada 3 Januari lalu.

“Saya percaya tangkapan ini sebanyak melegakan penduduk di kawasan kampung tersebut seterusnya dapat mengelakkan kerugian berterusan akibat konflik itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Hafid memberitahu, tangkapan dan pemindahan gajah liar yang menganggu bukanlah penyelesaian jangka panjang memandangkan kawasan kebun penduduk adalah berhampiran dengan kawasan hutan simpan kekal (HSK) Gunung Basor.

Katanya, selain itu kawasan tersebut turut bersempadan dengan Hutan Simpan Temenggor, Perak.

“Kita anggaran populasi gajah liar yang berada di HSK ini adalah lebih daripada 50 ekor. Para pekebun-pekebun perlu mengambil langkah lebih efektif seperti pembinaan parit gajah atau pembinaan pagar eletrik gajah (SPEG) bagi mengurangkan gangguan.

“Pada masa sama, jika terserempak dengan hidupan liar dan tidak mengambil tindakan sendiri yang boleh mendatangkan bahaya keselamatan kepada diri sendiri,” ujarnya.

Katanya, sebarang aduan serta maklumat berkenaan hidupan liar boleh disalurkan kepada talian hotline Perhilitan 1-800-88-5151.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya