Gagal seludup ganja, methamphetamine guna perkhidmatan kurier

Gagal seludup ganja, methamphetamine guna perkhidmatan kurier

KETULAN ganja yang diseludup menggunakan perkhidmatan kurier berjaya digagalkan JDKM Kelantan selepas melakukan pemeriksaan ke atas sebuah premis perkhidmatan itu di Rantau Panjang, Kelantan-IHSAN KASTAM KELANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Taktik penyeludup ganja seberat 1,490.39 gram menggunakan perkhidmat kurier terbongkar selepas kegiatan berjaya dipatahkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan pada 4 Januari lalu.

Selain ganja, JDKM Kelantan turut merampas 168 biji pil methamphetamine selepas melakukan pemeriksaan di sebuah premis kurier di Rantau Panjang pada pukul 10 pagi.

Pengarahnya Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, rampasan itu dilakukan hasil maklumat yang diperoleh daripada orang awam.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut yang dilakukan ke atas dua bungkusan itu membawa kepada penemuan ketulan ganja mampat dan pil methamphetamine yang dianggarkan berjumlah RM5,853.09.

“Kita tidak menolak kemungkinan, jika dadah ini terlepas ke pasaran ia boleh diedarkan kepada lebih 7,000 orang penagih,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Wan Jamal Abdul Salam memberitahu, hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati modus operandi yang digunakan dengan membawa masuk dagangan tersebut melalui pangkalan-pangkalan haram di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini.

Katanya, barangan tersebut kemudian akan dihantar menggunakan perkhidmatan kurier kepada pelanggan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya