Fokus generasi baharu Felda, UMNO Jerantut rancang pendekatan raih kemenangan PRU16 - Utusan Malaysia

Fokus generasi baharu Felda, UMNO Jerantut rancang pendekatan raih kemenangan PRU16

Haris Salleh Hamzah (depan, tengah) bersama ahli jawatan kuasa UMNO Bahagian ketika program turun lapangan bertemu penduduk di Felda Jengka 13, Jerantut hari ini. - HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT : UMNO Jerantut telah membuat pendekatan 360 darjah ke arah perubahan serta dinamika yang lebih relevan antara usaha mengukuhkan perjuangan sebagai teras utama mengembalikan kemenangan Barisan Nasional di kawasan Parlimen di sini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua UMNO Jerantut, Haris Salleh Hamzah berkata, usaha awal digerakkan dengan memfokuskan generasi baharu Felda secara lebih inklusif dan serius di 15 buah tanah rancangan Felda di Parlimen Jerantut melalui peranan serta gerak kerja bersama Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) dan pertubuhan Kami Anak Felda (KAF).

“Pendekatan yang kita lakukan berikutan saranan serta menyahut cabaran Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Wan Ismail supaya UMNO Jerantut mesti menyapu ‘bersih’ kemenangan di kawasan Parlimen ini termasuk tiga buah Dewan Undangan Negeri yang tewas dalm 4-0 dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

“Strategi awal ini, ahli jawatan kuasa UMNO telah mula bertemu dengan UMNO cawangan Felda Jengka 13 mengatur  program kebajikan dan sosial dengan generasi baharu termasuk menyantuni golongan veteran di samping pada masa yang mendengar denyut masalah yang akan dibawa kepada kerajaan negeri dan agensi kerajaan,” katanya kepada Utusan Malaysia di Felda Jengka 13 dekat sini hari ini.

Haris yang juga Penyelaras DUN Pulau Tawar selanjutnya yakin menerusi pertemuan Ahli Jawatan Kuasa UMNO bahagian termasuk anggota sayap parti dapat membugarkan toleransi serta kerjasama yang erat antara warga Felda serta MBFM dan KAF sekali gus mengurangkan jurang perpecahan terutama dalam sudut kepimpinan.

“Perkara yang kita tekankan, iaitu mengamalkan kesatuan hati (bersama) bagi membolehkan usaha mengikis senario politik fitnah, adu domba daripada dalam parti sendiri dan pihak luar sehingga mengkucarkacirkan perpaduan dan kepimpinan setempat.

“Golongan muda kerap hanyut dengan media sosial termasuk dirasuk dakyah pihak tertentu terutamanya pembangkang sehingga UMNO kehilangan ramai pengundi menyebabkan kita (Parlimen Jerantut) tewas 4-0 dalam PRU15 lalu,” katanya.

Sehubungan itu, Haris yang juga seorang pengamal undang-undang menjelaskan UMNO dengan kerjasama agensi kerajaan akan bergerak selari untuk membuka, memperkenalkan serta memperkasakan sudut ekonomi hiliran seperti tanaman kontan, haiwan pedaging dan sebagainya melalui skim usahawan insentif felda melibatkan kalangan generasi baharu dan pengusaha yang sedia ada dan juga bidang pendidikan.

Katanya, melalui beberapa perkara yang digariskan ini dilihat mampu mengembalikan kegemilangan Felda yang pernah menjadi ‘fixed deposit’ parti UMNO khususnya mencongak kemenangan pada PRU16 ini.

“Kita fokus kepada kawasan Felda termasuk ‘outreach’ yang sama kepada penduduk di kawasan bandar dan kampung tradisional Melayu di pesisir Sungai Tembeling, Sungai Sepia dan Sungai Pahang termasuk penempatan Orang Asli dengan melestarikan rancangan pembangunan untuk meningkatkan pendapatan serta jaminan keselesaan selari perjuangan UMNO menjaga kebajikan rakyat,” katanya.

Ujarnya, pendekatan yang dilestarikan secara berperingkat selari dengan usaha yang digerakkan oleh Menteri Besar Pahang untuk mengukuhkan UMNO negeri ini bagi mengambil semula kawasan yang tewas kepada pembangkang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya