5 militan ditahan di Semporna, Kunak tahun lalu

ESSCOM tahan 5 militan di Semporna, Kunak tahun lalu

VICTOR SANJOS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHAD DATU: Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) berjaya menahan lima individu yang disyaki terlibat dalam aktiviti militan dan Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) di Semporna dan Kunak pada tahun lalu. 

Komander ESSCOM, Datuk Victor Sanjos berkata, kesemua individu itu memasuki Sabah secara haram selepas melarikan diri daripada pihak keselamatan Filipina yang giat melaksanakan operasi intensif.

Beliau berkata, mereka masuk ke Sabah menggunakan laluan haram untuk mengelak daripada dikesan pihak berkuasa di negeri ini.

Berdasarkan siasatan, kelima-lima individu itu bertindak bersendirian dan tidak mempunyai anggota keluarga di Sabah.

Pada masa ini, kesemua indivitu tersebut ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan akan dihantar pulang ke negara asal selepas selesai menjalani hukuman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya