Empat warga Myanmar tertimbus tanah runtuh di Cameron Highlands - Utusan Malaysia

Empat warga Myanmar tertimbus tanah runtuh di Cameron Highlands

PASUKAN penyelamat berjaya menemukan seorang daripada lima mangsa tertimbus dipercayai lelaki di lokasi kejadian tanah runtuh di Batu 54, dekat Blue Valley, Cameron Highlands, hari ini.FOTO: Ihsan JBPM Pahang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS: Empat daripada lima warganegara Myanmar termasuk seorang wanita dipercayai tertimbus dalam satu kejadian tanah runtuh di Batu 54, Blue Valley, dekat sini, kira-kira pukul 2 pagi tadi.

Siasatan awal mendapati, mangsa tertimbus dikenali sebagai Shing Lan Har, 56, Shing Aung, 39, Om Myue, 38, Haphey, 36 dan Thang Moung berusia 25 tahun sebelum seorang daripadanya ditemukan maut.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superitendan Azri Ramli berkata, hasil pemeriksaan lokasi kejadian telah terputus hubungan.

Menurutnya, untuk tiba ke lokasi bagi operasi mencari dan menyelamat memerlukan kenderaan pacuan empat roda.

“Seorang daripada lima mangsa merupakan lelaki pertama ditemukan pukul 6.27 pagi tadi dan disahkan meninggal dunia.

“Sehingga pukul 9.00 pagi tadi, kerja-kerja mencari dan menyelamat empat lagi mangsa giat diteruskan oleh beberapa agensi lain termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan tentera,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah JBPM Pahang, Datuk Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, kelima-lima mangsa didapati tertimbus apabila rumah yang didiami mereka dihempap dalam kejadian tanah runtuh.

Katanya, pasukan Bomba sedang meneruskan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih tertimbus di lokasi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya