Empat warga emas melecur rumah terbakar

Empat warga emas melecur rumah terbakar

KEBAKARAN di sebuah rumah di Bukit Mertajam, pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Empat warga emas yang dipercayai hampir terperangkap dalam kebakaran ditemui dalam keadaan melecur anggota badan  di sebuah rumah di Kampung Alma Estate, Jalan Rozhan, Bukit Mertajam di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, kesemua mangsa yang cedera dianggarkan berusia dalam lingkungan  70-an dengan salah seorang daripadanya  ialah wanita.

Terdahulu katanya, bomba menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 2.39 pagi  dan operasi tersebut melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam.

Operasi tersebut turut dibantu BBP Bandar Perda  Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Berapit, Permatang Tinggi, Machang Bubok, New Ferry dan Taman Sukun.

“Sebaik pasukan tiba  di lokasi kejadian, didapati kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis kelas B dengan anggaran kebakaran sebanyak 80 peratus.

“Dua mangsa pertama, masing-masing merupakan seorang wanita dan lelaki berusia 70-an yang melecur telah dihantar oleh orang awam ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) sebelum ketibaan bomba.

“Mangsa ketiga yang melecur sebanyak 20 peratus pula telah diberi rawatan awal oleh EMRS (Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan) dan dihantar ke hospital manakala mangsa terakhir yang mempunyai masalah kesihatan turut dirawat oleh pasukan yang sama sebelum dibawa ke hospital,” katanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu katanya, kebakaran berjaya dikawal kira-kira pukul 3.08 pagi sebelum api dipadamkan sepenuhnya beberapa minit kemudian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya