Empat termasuk wanita ditahan bersama 16kg ganja

Empat termasuk wanita ditahan bersama 16kg ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita bersama ganja lebih 16 kilogram (kg) dalam dua serbuan berasingan di Kampung Kuala Alor, Simpang Kuala di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, kesemua dadah terbabit bernilai lebih RM50,000 yang disyaki diperoleh dari negara jiran untuk dibekalkan di sekitar Kota Setar dan Kuala Ketil.

Menurutnya, dalam serbuan pertama kira-kira pukul 1.30 pagi, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah menahan kereta jenis Perodua Aruz dinaiki dua lelaki dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan me­nemukan enam bungkus plastik lutsinar mengandungi dadah mampat jenis ganja seberat 6.2kg yang dianggarkan bernilai RM19,250,” katanya dalam sidang akhbar di sini, semalam.

Susulan penahanan pertama, polis membuat serbuan kedua di kawasan sama pada pukul 4.10 pagi dengan menahan sebuah kereta jenis BMW dinaiki seorang lelaki dan wanita.

Fisol berkata, hasil pemeriksaan menemukan satu kotak mengandungi 10 bungkus plastik lutsinar dadah mampat jenis ganja seberat lebih 10kg di tempat duduk penumpang bahagian belakang dianggarkan bernilai RM31,000.

Kesemua suspek berusia antara 24 hingga 43 tahun direman sehingga 10 Januari ini bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Tiga lelaki yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau dan positif dadah jenis methamphetamine manakala wanita berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod lampau.

“Mereka dipercayai mula aktif sejak pertengahan tahun lalu dan kesemua dadah yang dirampas itu mampu digunakan oleh 3,200 penagih sekiranya terlepas ke pasaran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya