PONTIAN: Bayaran elaun untuk imam surau sebanyak RM100 sebulan bagi memastikan pengimarahan surau sentiasa berjalan terutama solat lima waktu adalah tidak setimpal dengan tugas dipikul. Dalam masa sama, terdapat surau-surau yang melaksanakan solat Jumaat atau ‘Surau Jumaat’, namun mereka tidak menerima bayaran tambahan daripada pihak-pihak berkaitan. Seorang imam surau di daerah ini yang enggan dikenali memberitahu, walaupun perkara ini pernah ditimbulkan 10 tahun lalu hingga kini keadaan masih tidak berubah. Katanya, bayaran RM100 pun tidak dibayar pada setiap bulan, sebaliknya dikumpulkan empat atau lima bulan supaya kelihatan ‘banyak’ jumlahnya. Menurutnya,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya