Dulu nadi pengangkutan Kedah, kini Sungai Alor Merah bawa banjir

Dulu nadi pengangkutan Kedah, kini Sungai Alor Merah bawa banjir

PENDUDUK kampung menunjukkan keadaan Sungai Alor Merah yang penuh dengan sampah sarap dan pokok tumbang sehingga mengakibatkan sering berlaku banjir kilat di Alor Setar. – UTUSAN/ JAMLIAH ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Suatu ketika dahulu menjadi nadi pengangkutan air di Kedah, namun kini Sungai Alor Merah, di sini bukan sahaja mengalir lesu malah menjadi beban kepada penduduk setempat kerana penuh sampah sarap dan semakin cetek.

Kira-kira 200 keluarga yang menetap di sepanjang Sungai Alor Merah itu di Kampung Alor Merah, Jalan Sekolah, Kampung Hujung Alor dan Jalan Syed Ahmad itu berhadapan dengan banjir kilat setiap tahun.

Menurut Imam Masjid Ar- rahman Alor Merah, Azman Ali Mahsen, pihaknya menerima aduan daripada penduduk kampung berhubung banjir kilat yang semakin buruk sejak kebelakangan ini.

“Banjir berlaku kerana sampah sarap dan sungai yang semakin cetek serta tidak dapat mengalir dengan sempurna.

“Tahun lepas berlaku tiga kali banjir kilat sehingga ada penduduk yang berpindah,” katanya ketika ditemui di Kampung Alor Merah di sini semalam.

Seorang penduduk, Abdul Syukur Sabu, 60, memberitahu, pengorekan sungai berkenaan pernah dilakukan lima tahun lepas untuk mengurangkan risiko banjir namun keadaan kembali buruk sejak beberapa tahun lepas.

Sementara itu,Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Suka Menanti, Dzowahir Ab Ghani berkata, masalah penduduk berkenaan diajukan kepada jabatan terlibat untuk memulih struktur dan kedalamannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya