Dua rumah dilanda ribut di Kampung Pulau Jawa - Utusan Malaysia

Dua rumah dilanda ribut di Kampung Pulau Jawa

ANGGOTA bomba membuat pemantauan dan melihat kerosakan dialami kediaman dilanda ribut di Kampung Pulau Jawa di Pekan, Pahang. - FOTO IHSAN JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Dua keluarga berdepan detik cemas apabila kediaman mereka dilanda ribut sehingga mengalami kerosakan pada bahagian bumbung di Kampung Pulau Jawa di sini hari ini.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Penyelamat dan Bomba Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu tidak melibatkan sebarang kecederaan ataupun kemalangan jiwa.

“Hasil pemantauan awal mendapati kejadian hujan lebat serta angin kencang menyebabkan dua buah rumah mengalami kerosakan pada atap bahagian dapur dan ruang tamu.

“Kesemua penghuni sempat menyelamatkan diri dan berpindah ke rumah jiran dan saudara berhampiran,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zulfadli berkata, apabila tiba di lokasi kejadian, pihak bomba turut menjalankan pemeriksaan di sekitar kawasan terbabit bagi memastikan tiada unsur bahaya yang lain.

“Menurut kedua-dua mangsa, dianggarkan kos kerosakan bernilai lebih kurang RM5,000 keseluruhannya.

“Hasil pemeriksaan terperinci dan pemantauan pihak bomba mendapati, kedua-dua kediaman tersebut masih boleh didiami dengan selamat.

“Namun begitu, kami turut memberi khidmat nasihat berkaitan keselamatan kebakaran terutama berkaitan pendawaian elektrik dan meminta mangsa menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Peramu jika berlaku kecemasan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya