SEREMBAN: Dua orang lelaki warganegara China masing-masing didenda sebanyak RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban semalam atas pertuduhan menggunakan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Hakim, Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menjatuhkan hukuman denda itu terhadap Huang Xiaomin, 40, dan Zhang Cheng, 22, selepas kedua-dua mereka mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa mahkamah. Hakim turut menetapkan 10 bulan penjara sekiranya kedua-dua tertuduh gagal membayar jumlah denda itu. Berdasarkan pertuduhan, Huang Xiaomin didakwa menggunakan 41 unit sim box tiada jenama dan model yang tidak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya