Dua pelan kecemasan atasi paip bocor di Sungai Perai

Dua pelan kecemasan atasi paip bocor di Sungai Perai

CHOW KON YEOW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Kira-kira 120,000 pengguna air di kawasan Barat Daya dan sebahagian pengguna di Timur Laut neger ini perlu bersedia berdepan gangguan bekalan air sekurang-kurangnya tujuh hari sehingga 30 Januari ini sekiranya operasi pembaikan paip bawah air yang bocor di Sungai Perai gagal.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pada masa ini, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sedang melaksanakan dua pelan tindakan respons kecemasan secara serentak  melibatkan pelan A iaitu melaksanakan kerja-kerja mengapit semula saluran paip 1,350 milimeter (mm).

Katanya, pelan B pula melibatkan kerja pembinaan dua saluran paip gantian 600 mm baharu merentasi Sungai Perai untuk menggantikan bahagian saluran paip 1,350 mm di dasar Sungai Perai yang bocor.

“Jika pelan A berjaya, ia dapat memulihkan perkhidmatan bekalan air untuk 84 peratus daripada 120,000 pengguna terjejas menjelang pukul 8 pagi, Jumaat ini manakala bakinya pukul 8 pagi Sabtu. 

”Pelan A ialah penyelesaian sementara untuk memulihkan bekalan air bagi 120,000 pengguna yang terjejas dan ia dapat membolehkan mereka menyimpan air buat sementara sehingga Isnin depan.

”Ini kerana PBAPP perlu menutup penyaluran air pada Selasa serta Rabu untuk membolehkan pelan B iaitu kerja-kerja menukar saluran air dari paip dasar Sungai Perai ke dua paip baharu 600 mm merentasi Sungai Perai,” katanya selepas meninjau sambutan Thaipusam di Jalan Macalister di sini, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya