Dua individu buat kenyataan berkaitan Islam disiasat

Dua individu buat kenyataan berkaitan Islam disiasat

MOHD. SHUHAILY MOHD. ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis membuka dua kertas siasatan terhadap dua individu yang membuat ke­nyataan berhubung isu Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Menurutnya, siasatan masih dijalankan dan orang ramai dinasihatkan tidak membuat spekulasi sehingga boleh mengganggu siasatan.

“Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian D5, Bukit Aman.

“PDRM turut mengingatkan orang ramai agar peka dan prihatin terhadap isu-isu sensitif terutama melibatkan aspek keselamatan serta kedaulatan negara,” katanya.

Pada 30 Disember lalu, Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham memohon maaf atas cadangannya agar pakar perlembagaan dalam kalangan bukan Islam dilantik dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.

Ahli Parlimen DAP itu berkata, beliau langsung tidak berniat masuk campur dalam hal ehwal agama Islam ketika membuat cadangan itu.

Beliau mendakwa tidak mengetahui jawatan­kuasa khas itu sebenar­nya dibentuk oleh MKI yang dipengerusikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Susulan itu, Sultan Sharafuddin selaku Pengerusi MKI bertitah mengingatkan rakyat khususnya bukan beragama Islam supaya menghormati dan tidak mencampuri urusan berkaitan hal ehwal agama Islam di negara ini.

Sementara itu, polis menahan seorang lelaki kerana dipercayai menggodam dan menjual data peribadi milik sebuah agensi kerajaan di laman sesawang ‘gelap’ pada 25 Di­sember lalu.

Lelaki berusia 24 tahun itu ditahan di sekitar ibu negara oleh sepasukan pegawai dan anggota Unit Siasatan Jenayah Wang Kripto, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya