Hanya dua hari seminggu pakai seragam ke sekolah - Fadhlina

Hanya dua hari seminggu pakai seragam ke sekolah – Fadhlina

FADHLINA Sidek
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Dua hari pakai pakaian seragam, dua hari pakaian sukan dan satu hari pakaian ko-kurikulum.

Itu adalah garis panduan dan peraturan pemakaian murid yang baharu sahaja diputuskan oleh Kementerian Pendidikan (KPM), hari ini.

Perkara itu dimaklunkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 KPM, sebentar tadi.

Fadhlina memaklumkan, surat pekeliling dan makluman lanjut mengenai arahan pemakaian itu akan dikeluarkan kemudian.

Sebelum ini, ibu bapa di seluruh negara tertanya-tanya mengenai peraturan pakaian seragam murid sedangkan sesi persekolahan baharu bakal bermula pada awal Mac depan.

Ketetapan dan garis panduan itu penting memandangkan ibu bapa perlu membuat persediaan dan keperluan kewangan di kala Ramadan juga bakal kunjung tiba pada bulan yang sama.

KPM sebelum ini sudah memberi kelonggaran pemakaian kepada murid pada Oktober 2021 sebaik sahaja sesi persekolahan dibuka selepas hampir dua tahun ditutup akibat wabak Covid-19.

Malah, sepanjang tahun lalu, kelonggaran sama diteruskan dan rata-rata murid serta ibu bapa mahu kelonggaran itu diteruskan bagi sesi persekolahan baharu nanti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya