Dua beradik didakwa bunuh lelaki dengan senjata tajam - Utusan Malaysia

Dua beradik didakwa bunuh lelaki dengan senjata tajam

DUA beradik, P. Jagdeeshraj dan Vasantharaj didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas tuduhan membunuh seorang lelaki di persimpangan Jalan Trus-Jalan Ungku Puan di Johor Bahru, Oktober lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Dua beradik didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang lelaki di persimpangan Jalan Trus-Jalan Ungku Puan, di sini, Oktober lalu.

Walau bagaimanapun, kedua-dua tertuduh, P. Jagdeeshraj, 20, dan Vasantharaj, 21, hanya mengangguk tanda faham, namun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Nurul Farahah Mohd. Suah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, berdua  beradik berkenaan bersama-sama tiga lagi yang masih bebas didakwa membunuh Muhammad Syafiq Abd. Latif, 25, di persimpangan Jalan Trus-Jalan Ungku Puan, di sini pada pukul 1.08 pagi, 27 Oktober lalu.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak lebih 40 tahun berserta sebatan tidak kurang 12 sebatan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, R. Nevina, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Mahkamah kemudian menetapkan 6 Mac depan sebagai sebutan semula kes terhadap kedua-dua tertuduh yang bekerja sebagai pencuci kereta dan pembantu kedai itu.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat memberitahu, mangsa ditemukan maut dengan kesan tetakan di beberapa bahagian tubuhnya termasuk kepala, bahu kiri, punggung, lengan kiri dan pergelangan tangan kiri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya